Tuesday, October 18, 2011

Jelajah Kehidupan

Meniti jam 2 pagi, masih melepak di kedai makan yang agak terkenal dalam kalangan pelajar UPSI. Bukan lah membazir masa itu semata-mata untuk melepak, tapi mengambil peluang untuk meneliti kembali, apakah permasalahan yang timbul dalam kehidupan ini yang menyebabkan ia menjadi tidak terurus, masa yang sering tidak cukup, memonteng kelas dan sebagainya. Kesimpulannya mudah. Sikap!

Monday, October 17, 2011

Ini adalah penulisan sekretariat Minggu Suai Kenal sesi September 2011. Terpahat dalam memori, meninggalkan seribu satu kenangan, membawa bersama seribu satu pengajaran...

Pengenalan
Penghasilan buku ini dilihat semakin perlu untuk memberi sedikit persediaan awal kepada mahasiswa mahasiswi baru UPSI dalam menempuh dunia institusi pengajian tinggi. Kita sedia maklum, dunia yang baru ditempuhi merupakan dunia yang ternyata berbeza jika dibandingkan dengan dunia persekolahan. Mahasiswa dan mahasiswi akan berhadapan dengan banyak cabaran-cabaran dalam meniti usia sebagai penuntut universiti.
            Buku ringkas ini berkisar mengenai hidup sebagai mahasiswa atau mahasiswi dalam menjaga adab-adab sebagai seorang penuntut ilmu. Selain itu, pengkhususan juga diberikan terhadap kepentingan dalam menuntut ilmu. Akhir sekali, diselitkan juga beberapa panduan atau tips untuk mencapai kejayaan.
Luangkan sedikit masa saudara untuk membaca, semoga penulisan ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kalian dalam kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi baru Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Akhir kata, semoga saudara dapat menempuh perjalanan ini dengan jayanya, selamat menjalani sebuah kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
“Sesiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkannya jalan ke syurga.”

Riwayat Muslim


Imam Al-Ghazali pernah berkata:
“Orang yang mempunyai ilmu berada dalam keadaan yang berikut.

Mencari dan memanfaatkan ilmu.

Mencari ilmu sehingga tidak perlu bertanya lagi.

Memberikan wawasan ilmu dan mengajarkannya dan kerja ini
adalah yang termulia  baginya. Oleh itu sesiapa yang
 memperoleh ilmu kemudian memanfaatkan
dan diajarkan kepada orang lain diumpamakan
seperti matahari yang bersinar dan menyinari
 orang lain. Ia juga laksana kasturi yang
mengharumkan dan ia sendiri harum.”

Abdul Salam Yusof:2003

Adab-adab menuntut ilmu
Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
●●
"Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
●●
 Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa adab yang sebaik-baiknya diamalkan semasa kita menuntut ilmu supaya ilmu itu diberkati oleh Allah SWT :
·         Niat yang ikhlas
·         Beradab dengan orang yang memberi ilmu
·         Bersabar dalam menuntut ilmu
·         Tulis setiap yang dipelajari
·         Rendah diri
·         Menjahui dari kenyang yang berlebihan
·         Tidur yang sedikit
·         Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Selain itu, kita selaku pelajar sebenarnya mengharapkan keberkatan dalam kehidupan serta kemudahan dalam menuntut ilmu. Oleh itu, beberapa perkara di bawah seharusnya diberi perhatian.
   Adab dengan Pencipta
Berusaha sedaya upaya untuk taat dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
   Adab dengan ibu bapa
Jangan melupakan mereka walau diperantauan, doakan kesejahteraan mereka serta mohon restu dan doa daripada mereka, yakinlah, ia perkara yang penting.
   Adab dengan guru
Hormat, patuh dan berbuat baik kepada pemberi ilmu, dengan izin Allah, ilmu yang diperoleh akan dilimpahi keberkatan.
   Adab dengan sahabat
·         Menjaga hubungan, jangan dicemari dengan perkelahian.
·         Jauhi hasad dengki antara sahabat. Bersainglah secara sihat.
·         Ada ketikanya orang disekeliling kita ditimpa musibah, seandainya mampu, bantulah seikhlasnya.
·         Lumrah berukhuwwah, ada yang akan tersinggung. Memohon kemaafan serta memberi kemaafan antara sabahat dengan ikhlas, Insyaallah akan beroleh ketenangan.





●●
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
Khalifah Abdul Malik bin Marwan
●●

3.0      Resipi untuk berjaya
v  Bersikap positif
Ø  Yakin dengan janji-janji Allah buat mereka yang berusaha.
●●
“ Mereka yang berjihad / bermujahadah (bersungguh-sungguh) di jalan Kami, pasti akan Kami tunjuki (beri hidayah) jalan-jalan Kami ; sungguh, Allah bersama orang yang berbuat baik “  (Surah Al-‘Ankabut 69)
●●
Ø  Jangan bersikap lemah.
●●
Sesetengah orang menganggap rintangan sebagai batu penghalang, yang lain menganggapnya sebagai batu loncatan”
●●
Ø  Lupakan kegagalan dan kesilapan lalu. Tidak ada orang yang tidak ada masa silam.
●●
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."
v  Amalan seharian
Ø  Jadikan membaca Al-Qur’an sebagai amalan harian.
●●
Kalangan orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d  28)
●●
Ø  Al-Ma’thurat
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun Al-Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan. Al-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

v  Berdoa senjata diri
Ø  Berdoa dengan hati yang ikhlas dan luhur.
●●
Berdoalah kepada-Ku akan Aku perkenankan permintaanmu. (Al-Mukmin 60)
●●
v  Memuhasabah diri
Ø  Muhasabah diri adalah satu sikap yang harus disistemkan dalam amalan seharian.
Ø  Setiap manusia melakukan kesilapan tak kiralah siapa dia. Yang membezakan kita adalah keimanan dan ketakwaan kita.  Jika kita seorang yang bertakwa kita akan sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat di atas kesilapan kita

●●
Berkata Syeikh Ahmad Zarruq: "Lalai daripada bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat reda nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimkan diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramal dengan apa yang sahih tanpa bertolak ansur terhadap perkara yang salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas."
 (Kitab Qawaid al-Tasawuf)
●●

v  Solat kekuatan diri
Ø  Berusaha bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan lima waktu dengan hati yang ikhlas walau dalam kesibukan.
●●
“Telah dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.”
(hadis Riwayat Ahmad) 
●●
●●
“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)
v  Istiqamah
   Akhir sekali, berusahalah pula untuk istiqamah, iaitu berterus-terusan dalam berusaha.

●●
Imam Al-Qurtubi berkata: Hati yang istiqamah adalah jalan menuju keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, maka malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap adzab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”
●●

4.0     Idola Terbaik Sepanjang Zaman
Dalam sebuah buku tulisan Michale H. Hart, ‘The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History’, penulisnya telah menyenaraikan Nabi Muhammad SAW di tempat pertama sebagai insan paling berpengaruh di dunia. Bagi umat Islam, seharusnya baginda Rasulullah SAW merupakan contoh utama dan terbaik sepanjang zaman. Sifat-sifat baginda harus diikuti supaya menjadi insan-insan yang hebat.
v  Amanah
   Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.
   Tidak mengkhianati sebarang tanggungjawab.

●●
Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya"  (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
●●
Ø  Menyedari setiap amanah yang dipikul akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

v  Siddiq (Benar)
   Sentiasa benar pada perbuatan, perkataan dan hati.
   Tetap pendirian, membenarkan perkara yang hak dan sebaliknya sekalipun berat.
   Tidak memungkiri janji.
   Menjauhi perbuatan mengumpat dan memfitnah
   Berkata-kata dengan lemah lembut dan berhikmah.





●●
Dari Abdullah bin Mas’ud ra, dari Nabi Muhammad SAW bahwasanya beliau bersabda. ‘Sesungguhnya sidiq itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada surga. Dan seseorang beperilaku sidiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Sementara kedustaan akan membawa pada keburukan, dan keburukan akan mengantarkan pada api neraka. Dan seseorang berperilaku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta. (HR. Bukhari)
●●


v  Tabligh(Menyampaikan)
   Berusaha menyampaikan atau mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada orang lain.

●●
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)
●●

v  Fathanah (Kebijaksanaan)
   Bijaksana dalam mengambil apa jua tindakan dalam kehidupan.
   Mengatur perbicaraan dengan lembut dan hikmah.
   Membuat pertimbangan yang wajar sebelum membuat keputusan.
Tanamkan sifat-sifat ini dalam diri kita mulai saat ini. Banyakkan pengetahuan berkenaan baginda Nabi Muhammad SAW, ketahui kisah hidup baginda Rasulullah SAW, kerana hanya dengan cara itu, kita akan kenal peribadi baginda dan dapat memupuk rasa kecintaan kepada Baginda SAW. Sesungguhnya, kehidupan Rasulullah adalah contoh terbaik kepada umat manusia.
●●
Penutup
Dunia kampus, lebih-lebih lagi buat pelajar sarjana muda merupakan pengalaman yang pasti sangat sukar dilupakan walaupun usia telah pun menjejak dewasa. Keindahan suasana kampus dan ukhuwwah yang terbina dari hati yang ikhlas akan terpahat di satu sudut hati menjadi kenangan manis sepanjang usia yang ada. Jangan sesekali mensia-siakan ruang yang ada, gunakanlah sebaik mungkin untuk mengisi ilmu penuh di dada.
Saudara, saya yakin dan percaya, insan-insan yang membaca risalah ringkas tulisan saya ini merupakan insan-insan yang hebat. Tidak semua remaja yang sebaya dengan saudara di luar sana mampu menjejak menara gading, lebih-lebih lagi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Percaya lah, saudara adalah ‘the best of the best’. Saya mengharapkan saudara akan terus mengasah kekuatan agar suatu masa nanti menjadi insan yang jauh lebih hebat demi menegakkan syariat Islam. 
Saya ingin meminjam kata-kata semangat dari Dr. Kamariah Kamaruddin, “Ayuh mahasiswa bestari, tunaikan harapan ayah bonda, pungut pengalaman, kutip kenangan sebagai bekalan kedewasaan. Ayuh mahasiswa berani, kejapkan diri dengan iman, teguh merentangi dugaan, sabar berdepan dengan ujian sebagai benteng kekuatan. Perjuangan tidak pernah usai, pengetahuan tidak pernah selesai, raihlah ilmu, kenalilah guru dan anda akan kenali diri!
Senyum lah saudara, kejayaan dihadapan mata saudara. Langkah yang pertama sudah pun saudara lakukan. Teruskan langkahan itu menuju kejayaan yang hakiki. Harus disemat dalam sanubari bersama, matlamat yang sebenar adalah dunia yang abadi, selitkan kata-kata "Bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup untuk seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok" dalam diri. Jadilah insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Tuhannya. Dengan izin Allah, semuanya akan dikira sebagai ibadah.
Akhir kalam, kepada Allah jua saya memohon pertolongan, moga kita dikurniakan keikhlasan serta kejujuran, dipimpin dan dibimbing kearah matlamat yang suci, agar Dia tidak membiarkan kita terumbang-ambing dalam arus dunia yang kian banyak dugaannya. Amin.



Rujukan
Razali Saaran. (2010). Hebatnya cara Rasulullah mendidik. Kuala lumpur : Mustread Sdn. Bhd.
Danial Zainal Abidin. (2009). Tip-tip cemerlang daripada Al-Quran. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn.Bhd.
Kamariah Kamaruddin. (2009). Berapa harga segulung ijazah. Petaling Jaya : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Hanafi Mohamed. (2003). Penyakit rohani dan rawatannya dalam Islam. Kuala Lumpur : Pustaka haji Abdul Majid.
Awaluddin Mohd Napiah. (2010). Lembutkanlah hatimu. Petaling Jaya : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Muhammad Rashidi Wahab. (n.d). Ikhlas muhasabah diri cara berkesan baiki kelemahan ummah . Berita Harian. Retrieved August 25, 2011, from http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=290&kategori=12

Mencapai Hati yang Istiqamah. (2006).  Retrieved August 25, 2011, from http://senyuman.wordpress.com/2006/10/13/mencapai-hati-yang-istiqamah/