Tuesday, March 29, 2011

Laluan kehidupan...

Assalamualaikum kalian.. Entah mengapa, terasa ingin mencoret sesuatu pada malam ini. Tenang, suasana hening tengah malam ditemani sebuah komputer yang menunggu masa untuk masuk ke bengkel.. Aku merasakan ada sesuatu yang harus aku suarakan, namun entah pada siapa.. Berbalik pada tujuan asal blog ini diwujudkan, tempat untuk aku mencoret sesuatu.

kebelakangan ini, semangat untuk belajar semakin berkobar-kobar.. aku yakin aku semakin mampu.. Dalam perjalanan itu, aku dapat merasakan pahit manis pertemuan dan perpisahan. Aku pergi dengan niat untuk belajar, itu aku yakin dan pasti. Namun, aku tidak terlepas dari kemanisan berukhuwwah. Bila tiba saatnya harus berpisah, sedih kurasakan selaku insan biasa. namun aku tanamkan dalam jiwa bahawa aku adalah seorang pengembara yang sedang melalui liku-liku pembelajaran. Aku seorang yang menjalankan tanggungjawab dan setelah selesai aku akan pergi meninggalkan satu nama yang baik dan satu pengalaman kubawa pergi bersamaku. namun ianya agak sukar apabila melibatkan perasaan yang mendalam. Sukar untuk aku gambarkan. Namun, ayatnya mudah, Kita hanya perlukan sedikit masa untuk jatuh cinta, tapi untuk melupakannya....... herm, tp itu bukan lah isu (harapan). Aku sudah lali dengan kekecewaan... begitulah kehidupan.. Semua orang itu unik... =) Sekian..

1 comment:

  1. Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya"
    p/s - Allah menguji orang tertentu dengan pelbagai musibah untuk memberikan ganjaran kepadanya

    ReplyDelete